Pages

Saturday, December 31, 2011

Tujuh tip dari seorang super affiliate untuk newbie

Tujuh tip dari seorang super affiliate untuk newbie.

Berikut adalah tujuh tip dari super affiliate untuk newbie affiliate.

Tip pertama : Berfikir seperti pemilik perniagaan sebenar.

Betulkan mindset anda. Anda tidak perlu ada sejuta ringgit untuk berfikir seperti ahli perniagaan. Walaupun modal anda rendah, anda tetap ahli perniagaan dan anda perlu belajar berfikir sepertinya.


Tip kedua : Gunakan sistem yang sudah terbukti berjaya.

Gunakan sistem pemasaran yang sudah terbukti berjaya seperti pemasaran emel,pemasaran blog, SEO, pemasaran artikel dan pemasaran video. Anda tidak perlu pening – pening memikirkan teknik yang unik. Belajar sahaja teknik sedia ada dan aplikasikannya. Apabila anda sudah berjaya, barulah anda ambil masa untuk mencipta teknik yang unik pula.

Tip ketiga : TUliskan matlamat yang jelas untuk di capai.

Matlamat adalah destinasi dan destinasi anda perlulah realistik. Jika matlamat anda tidak realisitk, anda pasti tidak akan sampai ke destinasi yang anda hendak tuju.

Tip keempat : Jadikan super affiliate yang terbukti sudah berjaya sebagai mentor anda.

Jika ada antara super affiliate yang menawarkan kursus personal coaching atau seminar, anda sertai sahaja tanpa ragu – ragu kerana anda pasti akan berjaya jika anda ikut apa yang mereka kata. Jika anda belajar dari pakar, anda akan lebih cepat berjaya berbanding anda belajar sendiri.

Tip kelima : Berkawan dengan affiliate yang serasi dengan anda.
Jangan berkawan dengan orang yang mempunyai sikap negatif atau tidak serasi dari segi pemikiran. Jika anda tidak ada keserasian dari segi pemikiran, segala usaha anda akan tersekat. Jika pemikiran anda selari, anda akan lebih bersemangat kerana anda akan lebih yakin dengan idea – idea anda.

Tip keenam : Bertindak.

Belajar, fahamkan bertindak. Jangan beri alasan susah, tidak reti atau tidak yakin. Terus sahaja bertindak untuk nampak hasilnya.

Tip ketujuh : Sentiasa menganggap kegagalan sebagai proses untuk berjaya.

Jika anda gagal, ia bukan bermakna anda perlu berhenti. Sebaliknya ia adalah pemangkin untuk anda terus berusaha. Gagal bermakna anda sedang menghampiri kejayaan. Lagi banyak anda gagal, lagi besar peluang untuk berjaya di masa hadapan. Jika anda gagal, anda jangan berhenti kerana jika anda terus mencuba, anda pasti berjaya. 

No comments:

Post a Comment