Pages

Thursday, October 20, 2011

Tip memilih nama domain untuk website affiliate anda

Tip memilih nama domain untuk website affiliate anda.

Nama domain memainkan peranan yang agak penting bagi meningkatkan jualan produk anda. Ia boleh mempengaruhi kredibiliti dan SEO bagi website anda. Berikut adalah beberapa tip untuk memilih nama domain bagi website affiliate anda.

Saturday, October 8, 2011

Tip membina empayar perniagaan affiliate

Tip membina empayar perniagaan affiliate.

Industri affiliate adalah industry yang boleh memberi pulangan sehingga jutaan ringgit setahun jika kena caranya. Seperti perniagaan offline, perniagaan affiliate juga mengambil masa untuk stabil dan memberi pendapatan yang konsisten.

Untuk membina empayar perniagaan affiliate yang berjaya anda perlu menguasi beberapa faktor iaitu

Saturday, October 1, 2011

Lima kesilapan bodoh yang bakal memusnahkan impian anda untuk jadi super affiliate.

Lima kesilapan bodoh yang bakal memusnahkan impian anda untuk jadi super affiliate.

Sebelum anda memulakan perniagaan affiliate anda,pastikan anda tidak buat kesilapan bodoh di bawah ini.

Kesilapan pertama : Tidak menganggap affiliate sebagai perniagaan.

Affiliate bukan permainan komputer, ia adalah perniagaan sebenar yang melibatkan wang yang benar. Untuk berjaya, anda perlu laburkan sejumlah wang. Jangan terlalu kedekut kerana potensi keuntungan bisnes affiliate lebih besar dari skim cepat kaya. Seperti menguruskan perniagaan sebenar, anda perlu fokus dan dedikasi terhadap semua kerja. Anda tidak boleh ambil mudah dan sentiasa berusaha untuk berjaya. Anda perlu bertanggungjawab 100 peratus terhadap perniagaan anda, barulah anda ada peluang nak untung.

Kesilapan kedua : Matlamat yang kurang jelas.

Anda perlu tetapkan matlamat yang jelas dan logic seperti anda ingin dapatkan RM 100 pertama dalam bulan pertama melalui affiliate. Sebagai seorang newbie, RM 100 pada bulan pertama adalah kejayaan yang logik. Jika anda letakkan matlamat yang kurang logik seperti RM 10 000 untuk bulan pertama, anda akan tertekan kerana anda tidak nampak bagaimana hendak dapatkan pendapatan sebanyak itu dalam masa yang singkat. Matlamat perlulah jelas selari dengan pengetahuan yang anda ada, barulah anda akan maju ke hadapan.

Kesilapan ketiga : Tidak mahu belajar.

Anda beri alasan anda sibuk untuk belajar tetapi anda ingin jadi affiliate. Jika anda tidak belajar, anda tidak akan dapat ilmu dan jika anda tiada ilmu, anda akan gagal. Anda akan berjaya jika anda tahu apa yang anda sedang lakukan. Untuk tahu apa yang anda sedang lakukan, anda perlu belajar.

Kesilapan keempat : Bergaul dengan mereka yang berperangai negatif.

Untuk berjaya, anda perlu sentiasa positif. Jangan berkawan dengan mereka yang selalu merungut, selalu menyalahkan orang lain, selalu dengki akan kejayaan orang lain dan berbagai lagi sifat negatif. Negatif ini seperti virus, jika anda bergaul dengan orang bersikap negatif, anda pasti terkena tempiasnya. Buangkan ego anda dan teruskan usaha untuk menjadi affiliate yang berjaya.

Kesilapan kelima : Tidak bertindak.

Anda baca dan anda faham tetapi anda tidak bertindak. Buangkan ego anda, buangkan sikap malas anda dan buang segala penghalang dalam minda anda dan terus bertindak. Anda baca, faham dan terus aplikasikan ilmu anda. Jangan bertangguh kerana anda pasti ketagih untuk bertangguh selepas itu.