Pages

Saturday, August 20, 2011

Tip jana wang melalui review produk affiliate

Tip jana wang melalui review produk affiliate

Kebanyakan dari pembeli sekarang lebih suka membaca review sebelum membeli sesuatu produk. Untuk cari review bagi sesuatu produk mereka biasanya akan mencari maklumat tersebut di enjin carian dan jika website anda berada dalam ranking yang baik, mereka akan baca di website dan kemungkinan besar akan membeli dari link affiliate anda.

Monday, August 8, 2011

Tiga strategi memaksimumkan pendapatan affiliate

Tiga strategi memaksimumkan pendapatan affiliate.

Strategi pertama : Senarai emel yang ramai dan sentiasa berkembang.

Jangan bazirkan masa anda menggunakan kaedah pemasaran yang belum teruji keberkesanannya atau belum tentu berjaya. Sebaliknya anda terus melakukan pemasaran emel kerana ia adalah kaedah yang pasti berjaya untuk memperoleh pendapatan yang lumayan melalui affiliate.

Monday, August 1, 2011

Empat tip tulis surat jualan untuk produk affiliate secara pantas.

Empat tip tulis surat jualan untuk produk affiliate secara pantas.

Bagi anda yang pening untuk tulis surat jualan, artikel ini menyediakan empat tip sebagai panduan pada anda untuk tulis surat jualan.

Tip pertama : Format surat jualan.

Jarakkan tulisan dan adakan perenggan untuk memudahkan pengguna internet membaca surat jualan anda. Gunakan bullet untuk senaraikan perkara yang anda mahu. Highlightkan perkataan – perkataan penting supaya pembaca tahu apa yang penting. Pengguna internet biasanya hanya akan scan apa yang anda tulis, mereka tidak akan baca satu persatu ayat. Jadi, anda format surat jualan yang memudahkan mereka untuk membaca.

Tip kedua : Senaraikan faedah dan apa yang produk tawarkan.

Senaraikan apa yang pembeli akan terima jika mereka membeli produk tersebut. Selepas itu senaraikan faedah yang mereka dapat jika mereka memiliki produk tersebut. Gunakan ayat berbentuk telus.

Tip ketiga : Bina kepercayaan.

Bina kepercayaan dengan menambah bahagian testimoni dari pengguna produk tersebut. Tulis surat jualan yang berbentuk review iaitu anda gariskan apa yang anda rasa bagus dan tidak bagus berpandukan produk tersebut.

Tip keempat : masukkan fakta.

Masukkan fakta yang anda jumpa berkenaan dengan produk tersebut untuk menguatkan lagi kelebihan dan kredibiliti produk yang anda promosikan.

Selepas anda tulis seluruh surat jualan, jangan lupa arahkan pembeli untuk klik link affiliate anda dan beli produk yang anda promosikan.