Pages

Tuesday, September 20, 2011

Tip melatih diri untuk jadi super affiliate

Tip melatih diri untuk jadi super affiliate

Siapakah super affiliate? Super affiliate adalah affiliate yang menjana keuntungan yang banyak dan konsisten pada setiap bulan dan hari. Anda juga boleh jana pendapatan yang banyak dan jadi super affiliate. Cuma, anda perlu berusaha lebih keras kerana super affiliate juga bermula dari bawah dan bersaing dengan ramai orang sebelum mereka berjaya menempatkan diri berada di tahap tersebut.

Thursday, September 8, 2011

Tip kenal pasti siapa prospek pelanggan produk yang anda hendak promosikan

Tip kenal pasti siapa prospek pelanggan produk yang anda hendak promosikan.

Jika anda kenal siapa yang akan beli produk yang anda ingin promosikan, lagi senang untuk anda pikat mereka membeli menerusi link affiliate anda.

Berikut adalah tiga langkah yang anda boleh cuba untuk kenal pasti siapa yang bakal membeli produk yang anda promosikan.

Thursday, September 1, 2011

Lima kelebihan jika anda pilih affiliate sebagai kerjaya part time anda.

Lima kelebihan jika anda pilih affiliate sebagai kerjaya part time anda.

Adakah anda mahu mencari pendapatan tambahan bagi diri anda? Jika ya, saya cadangkan kerjaya affiliate kepada anda. Affiliate adalah agen yang akan mempromosi produk orang lain di internet. Lagi banyak jualan yang anda hasilkan, lagi banyak wang yang anda dapat. Berikut adalah lima kelebihan kerjaya sebagai affiliate

Kelebihan pertama : Bebas bekerja tanpa masa tertentu.

Internet di buka 24 jam sehari dan anda bebas untuk bekerja pada bila – bila masa sahaja yang anda mahu. Jadi, anda boleh bekerja macam biasa dan gunakan masa lapang untuk cari pendapatan tambahan.

Kelebihan kedua : modal yang rendah.

Untuk memulakan perniagaan affiliate, modal yang perlu anda keluarkan mungkin tidak sampai RM 500. Keistimewaan bekerja sebagai affiliate adalah walaupun modal rendah, anda mampu menjana keuntungan yang berlipat kali ganda.

Kelebihan ketiga : Peluang sentiasa terbuka.

Di internet, peluang untuk berniaga adalah sangat luas. Jika anda gagal promosikan produk tertentu, anda bebas untuk promosikan produk yang lain pula. Anda tidak akan agal, asalkan anda tidak berhenti mencuba. Jenis barang yang anda boleh promosikan adalah tidak terhad, begitu juga dengan peluang anda.

Kelebihan keempat : kedai di buka 24 jam.

Pelanggan adalah berjuta – juta orang dan kedai anda pula di buka 24 jam. Walaupun anda bekerja biasa di siang hari, bahan promosi anda tetap berjalan dan kedai anda juga di buka untuk di tatap jutaan pelanggan.

Kelebihan kelima : Keuntungan affiliate adalah logik.

Tidak seperti skim cepat kaya yang keuntungan mereka adalah sedikit samar – samar dan tidak nampak datang dari mana, keuntungan melalui affiliate adalah logik. Lagi banyak jualan yang anda dapat, lagi untung anda. Di sebabkan keutungannya boleh anda kira secara logik, strategi pemasaran anda juga senang untuk di rancang.

Tidak di nafikan lagi, kerjaya sebagai affiliate adalah kerja yang sangat sesuai untuk di jadikan kerjaya part time berbanding perniagaan part time lain seperti MLM dan skim cepat kaya.