Pages

Tuesday, December 20, 2011

Tip untuk memperoleh kelebihan berbanding affiliate yang lain

Tip untuk memperoleh kelebihan berbanding affiliate yang lain.

Setiap kali anda ingin promosikan sesuatu, anda perlu tanya pada diri sendiri kenapa orang mahu membeli dari link affiliate anda dan kenapa tidak dari orang lain. Ada beberapa sebab kenapa orang akan membeli dari link affiliate anda iaitu


·         Anda orang pertama yang promosikan produk tersebut pada mereka.
·         Anda promosikan produk yang betul pada tempat yang betul.
·         Anda menawarkan bonus yang hebat berbanding affiliate yang lain.
·         Anda di sukai oleh pembeli walaupun anda tidak menawarkan bonus.
·         Link anda berada di merata – rata tempat dan akhirnya ada pembeli yang membeli produk melalui link affiliate anda.
·         Anda menawarkan pilihan pada pembeli untuk membeli produk yang mereka mahu.
·         Anda promosi produk dengan cara yang unik dan pembeli terpikat dengan cara anda.

Anda perlu bayangkan affiliate adalah seperti kedai runcit dan pasaraya. Kedai runcit menjual barang yang sama sahaja dengan kedai runcit yang lain, begitu juga dengan pasaraya. Jadi, kenapa pembeli perlu membeli dari kedai runcit dan pasaraya anda berbanding dengan kedai dan pasaraya orang lain.

Seperti perniagaan offline, anda perlu cari cara untuk dapatkan kelebihan berbanding pesaing – pesaing anda yang lain. Pesaing pasti akan ada dan anda tidak boleh hapuskan mereka. Jadi, anda perlu sentiasa cekap dan pantas berusaha untuk memperoleh kelebihan berbanding affiliate yang lain. Antara kelebihan yang boleh anda usahakan adalah

·         Menawarkan rebet.
·         Menawarkan bonus yang hebat jika pembeli membeli dari anda.
·         Website anda berada dalam ranking yang baik dalam enjin carian bagi keyword yang penting.
·         Mempunyai senarai emel yang ramai dan banyak.
·         Promosi menggunakan kaedah unik seperti di laman sosial facebook dan youtube.
·         Promosi menggunakan viral marketing di mana anda hanya duduk diam dan biarkan aktiviti promosi anda berjalan secara autopilot.

Untuk berada di hadapan affiliate – affiliate yang lain, anda perlu berfikir selangkah ke hadapan tanpa memandang ke belakang. 

No comments:

Post a Comment