Pages

Sunday, November 20, 2011

Tip merancang strategi pemasaran affiliate menggunakan SEO

Tip merancang strategi pemasaran affiliate menggunakan SEO.

SEO adalah satu peperangan yang nyata dalam dunia pemasaran affiliate. Ramai marketer akan berebut – rebut untuk mendapat ranking yang baik dalam enjin carian bagi keyword yang mereka telah target. Lagi baik ranking di enjin carian, lagi besar untuk mereka memperoleh pelanggan dan lagi besar komisyen mereka.


Berikut adalah beberapa kemahiran asas yang perlu anda ada untuk di gunakan dalam strategi SEO anda

·         Kajian keyword.
·         Social bookmarking.
·         Struktur link
·         Cara nak create backlinks
·         Pembangunan website dan content yang mesra SEO
·         Ayat jualan yang menarik.
·         Nama domain berdasarkan keyword.

Lagi mahir ada dalam strategi SEO, lagi senang untuk dapat ranking yang bagus dalam enjin carian. Kebiasaanya, affiliate yang menggunakan medium SEO sebagai senjata pemasaran mereka, mereka akan melakukan kajian keyword untuk mencari buyer keyword dan, keyword yang banyak carian dan kurang pesaing . Buyer keyword bermaksud keyword yang selalu orang taip di search engine dan mereka sangat inginkan maklumat tersebut.

Keyword yang banyak carian dan kurang pesaing bermaksud, keyword yang ada potensi untuk dapat trafik tetapi tiada orang yang benar – benar melakukan SEO untuk keyword tersebut. Keyword jenis ini lebih senang untuk anda meletakkan website berada di ranking yang baik dalam enjin carian.

Selepas memilih keyword, mereka akan pilih nama domain yang ada kaitan dengan keyword. Selepas itu, mereka akan mula bina website dan content yang mesra dengan SEO. Perkara terakhir yang mereka lakukan untuk letakkan website mereka berada dalam ranking yang baik dalam enjin carian adalah mereka akan lakukan link building.

Strategi SEO ini anda perlu belajar dan aplikasikan apa yang anda belajar, barulah anda akan faham dan mendapat manfaat darinya. Anda boleh sahaja dapatkan maklumat di internet sama ada secara berbayar atau percuma. SEO membolehkan anda menguasi sesuatu pasaran itu secara menyeluruh dan memperoleh pendapatan yang konsisten.

No comments:

Post a Comment