Pages

Tuesday, November 8, 2011

Tip mendapat pendapatan yang konsisten melalui affiliate

Tip mendapat pendapatan yang konsisten melalui affiliate.

Pemasaran affiliate bukanlah mudah seperti yang di sangka. Model perniagaannya memang nampak senang. Namun, untuk melaksanakan dan mendapat keuntungan yang konsisten, anda perlu bekerja keras dan berusaha sepanjang masa. Memang ramai di kalangan newbie berjaya menjana pendapatan pertama di internet melalui affiliate tetapi hanya sebilangan kecil yang berterusan menjana pendapatan melaluinya.


Untuk menjana pendapatan yang konsisten, anda perlu memiliki hati yang cekal dan berusaha keras. Anda tidak boleh promosi satu atau dua produk kemudian anda berputus asa kerana tidak dapat jualan. Untuk pengetahuan anda, super affiliate tidak promosi satu atau dua produk dalam satu masa tetapi mereka promosi 10 hingga 20 produk dalam satu – satu masa.

Kembangkan minda anda dan  cari sehingga 10 hingga 20 produk sama ada mengikut niche atau berlainan niche. Kemudian anda rancang strategi dan jadual untuk promosi produk tersebut secara serentak. Untuk dapatkan keputusan yang konsisten, anda perlu promosikan banyak produk dalam satu – satu masa. Namun, setiap produk perlu ada strategi masing – masing untuk memaksimumkan keuntungan melalui jualan. Sebab itu ilmu pertama yang perlu ada belajar apabila ingin jadi affiliate adalah lmu pemasaran.

Tip kedua untuk memperoleh pendapatan konsisten adalah melalui pemasaran emel. Pemasaran emel membolehkan anda promosi berkali – kali pada orang yang sama. Kumpul sebanyak mungkin senarai emel dalam berbagai niche. Jadi, apabila anda ingin rehatkan senarai emel dalam niche tertentu dari emel promosi, anda boleh seran emel niche yang lain pula.

Tip terakhir adalah memiliki blog atau laman web yang banyak di internet. Memiliki blog yang mempunyai pembaca setia membolehkan anda menjana keuntungan berterusan melalui trafik yang anda peroleh. Antara blog yang boleh anda wujudkan adalah blog review, blog informasi dan blog niche. Fikir apa yang pembeli mahu dan beri mereka makluma tersebut di blog di samping promosi produk affiliate.

Pendapatan yang konsisten hanya akan di perolehi jika anda bekerja secara berterusan mempromosi berbagai produk dengan berbagai cara.


No comments:

Post a Comment