Pages

Wednesday, June 8, 2011

Tip pemasaran affiliate untuk newbie

Tip pemasaran affiliate untuk newbie.

Sekarang, fokus utama orang ramai untuk menambah pendapatan di internet adalah melalui affiliate. Semakin ramai hendak jadi affiliate, semakin ramai juga yang tersungkur jatuh ke bumi. Untuk elakkan ia dari belaku pada anda, artikel ini akan menggariskan beberapa tip untuk di jadikan bekalan buat anda yang newbie dalam pemasaran affiliate.


Affiliate secara ringkasnya adalah agen kepada produk atau perkhidmatan yang di jual di internet. Lagi banyak jualan yang anda hasilkan, lagi banyak komisyen yang bakal anda peroleh. Sebagai affiliate, anda tidak perlu bersusah payah untuk mencipta atau membekalkan produk atau perkhidmatan tetapi anda perlu bersusah payah untuk mencari trafik atau dapatkan jualan supaya banyak  komisyen yang terhasil.

Di internet ada dua teknik pemasaran iaitu teknik pemasaran percuma dan teknik pemasaran berbayar. Pemasaran percuma menggunakan kaedah percuma seperti laman sosial, forum, pemasaran artikel, SEO dan pemasaran viral. Pemasaran berbayar pula menggunakan kaedah iklan banner, iklan teks dan pay per click. Anda boleh gunakan apa sahaja teknik untuk promosi produk affiliate anda.

Prosuder untuk dapatkan pendapatan melalui affiliate adalah yang pertama anda perlu terlebih dahulu memilih niche dan produk untuk di promosikan. Kemudian, anda perlu siapkan senjata seperti website, squeeze page untuk pemasaran emel, surat jualan yang memikat dan artikel -  artikel untuk pemasaran artikel. Senjata pemasaran bergantung pada strategi anda sendiri. Perkara terakhir adalah anda tarik trafik mengikut stratregi yang anda  telah rancang.

Sebagai newbie, anda tidak boleh berlagak bodoh sombong. Sebaliknya anda perlu rasa rendah diri dan sentiasa mahu belajar. Laburkan wang untuk membeli ebook – ebook yang berguna bagi menuntut ilmu. Ilmu pemasaran sepert copywriting, website design dan trafik adalah penting untuk anda kuasi sebagai senjata untuk pemasaran anda.

Ramai newbie tersungkur kerena mereka rendah semangat juang di mana mereka berhenti mencuba. Anda perlu sentiasa ingat bahawa anda adalah newbie, jika anda masih tidak berjaya ia bermakna anda masih tidak cukup ilmu. Orang yang cukup ilmunya, pasti berjaya. Jadi, anda perlu sentiasa belajar dan mencuba sehingga berjaya.


Sekarang, fokus utama orang ramai untuk kerja dari rumah dan menambah pendapatan di internet adalah melalui affiliate. Semakin ramai hendak jadi affiliate, semakin ramai juga yang tersungkur jatuh ke bumi. Untuk elakkan ia dari belaku pada anda, artikel ini akan menggariskan beberapa tip untuk di jadikan bekalan buat anda yang newbie dalam pemasaran affiliate.

No comments:

Post a Comment