Pages

Friday, July 1, 2011

Elakkan diri dari tertipu ketika ingin membeli produk buat duit.

Sekarang terlalu banyak produk yang kononnya boleh membantu anda menjana pendapatan berjuta – juta atau beribu – ribu ringgit. Namun, apabila anda sudah membeli dan membaca ilmu yang di ajar, anda dapati produk tersebut hanya indah khabar dari rupa. Kadang – kadang anda sendiri sudah faham apa yang di ajar dalam produk tersebut dan buatkan anda rasa terkilan.


Untuk elakkan diri anda dari rasa tertipu, anda tanya dahulu sebenar – benarnya secara peribadi pada pencipta produk mengenai teknik yang ada dalam produk tersebut. Jika dia tidak mahu jawab, eloklah anda jangan beli kerana khuatir produk tersebut adalah produk yang tidak bermutu.

Anda jangan baca testimoni untuk menilai sama ada produk tersebut bagus atau tidak. Sebaliknya anda lihat apa yang produk tersebut tawarkan. Jangan tertipu kononnya dia berjaya jana beribu – ribu ringgit tetapi dalam surat jualan tidak di ceritakan pula teknik yang beliau gunakan untuk menjana pendapatan tersebut. Apabila pencipta produk cuba menyembunyikan sesuatu, ia pasti produk yang tidak bermutu dan tidak sesuai untuk anda.

Perkara seterusnya yang anda perlu nilai adalah sama ada produk tersebut menawarkan jaminan wang di kembalikan. Jika tiada jaminan, lebih baik anda jangan beli kerana jika produk tersebut tidak bermutu, anda akan kerugian nanti.

Anda perlu berhati – hati ketika membeli produk buat duit ini wang bukan mudah untuk di cari. Elakkan dari mengalami kerugian yang tidak perlu iaitu membeli produk yang tidak berguna buat anda. Fikir dua tiga kali sebelum membeli. Dapatkan juga feedback dari rakan – rakan mengenai produk yang anda minat itu.

Kalau boleh anda hanya beli produk yang benar – benar bermutu dan anda nampak hala tuju produk tersebut. Jika tidak, anda jimatkan wang anda dari terbeli produk yang anda tidak akan gunakan pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment