Pages

Wednesday, June 8, 2011

Tip memilih niche yang sesuai dengan jiwa anda

Tip memilih niche yang sesuai dengan jiwa anda.

Pemasaran niche adalah antara teknik pemasaran yang perlu di kuasai oleh affiliate. Pemasaran niche membolehkan anda memasarkan produk pada golongan yang tepat. Berikut adalah enam langkah untuk memilih niche.


Langkah pertama : Tenang.

Anda jangan serabutkan pemikiran anda dan jangan terlalu fokus untuk melakukan sesuatu yang mustahil seperti memasuki niche yang anda tidak ada pengetahuan mengenainya. Tenang sahaja kerana rezeki ada di mana – mana.

Langkah kedua : Kenal pasti minat anda.

Kenal pasti niche yang anda rasa anda boleh kuasainya di sebabkan minat yang mendalam. Memilih niche yang anda minat membolehkan anda bersemangat untuk fokus sepenuhnya pada pemasaran nanti.

Langkah ketiga : Kajian.

Lakukan sedikit kajian keyword terhadap niche yang anda minat tadi. Lihat berapa banyak carian dan berapa banyak keyword yang terlibat dengan niche anda. Dari sini anda boleh lihat potensi besar bagi sesuatu niche itu.

Langkah keempat : Siasat pesaing anda.

Lihat sama ada niche tersebut mempunyai persaingan yang kuat atau tidak. Jika ada, anda tanya diri sendiri sama ada berani atau tidak untuk bersaing dengan mereka. Pesaing anda mungkin memiliki peminat dia yang tersendiri. Namun, anda jangan mengaku kalah kerana anda boleh beri kelainan dan beri pilihan pada pembaca untuk melihat anda sebagai pakar.
Langkah kelima : Kesanggupan menulis.

Tanya diri sendiri sama ada sanggup atau tidak untuk menulis secara konsisten berpandukan niche yang anda pilih. Jika niche tersebut memang anda minat, ia pasti tiada masalah untuk anda. Jika anda tiada masa, anda boleh upah untuk menulis. Namun, anda juga perlu mencari tajuk untuk di bawa dalam blog anda.

Langkah keenam : Adakah niche tersebut berbaloi untuk anda luangkan masa.

Setiap niche mempunyai potensi keuntungan masing – masing. Siasat keuntungan yang boleh anda dapat jika anda menguasi niche tersebut. Jika anda rasa berbaloi, elok sahaja anda teruskan dengan usaha anda menguasai niche tersebut.

Jika anda tidak tersangkut dalam mana – mana langkah di atas, sudah semestinya niche tersebut sesuai dengan jiwa anda. Jangan tangguh – tangguh lagi, teruskan usaha.

No comments:

Post a Comment