Prinsip pertama : Berfikir mencari peluang untuk menjual sesuatu.
Apabila anda ingin jadi seorang affiliate yang berjaya, anda perlu sentiasa berfikir mencari peluang untuk menjual sesuatu. Apabila anda daftar ke satu forum contohnya, anda perlu berfikir bagaimana hendak menjual produk di forum tersebut. Begitu juga di tempat – tempat lain dalam internet.
Prinsip kedua : Fokus untuk berjaya.
Jangan gopoh sebaliknya sentiasa lakukan kerja secara tersusun. Setkan matlamat yang jelas, rancang strategi dan laksanakan strategi. Anda perlu fokus untuk berjaya bukannya fokus untuk berehat, fokus untuk berhibur dan juga fokus untuk tidur.
Prinsip ketiga : Mempunyai senarai emel adalah wajib.
Anda perlu ada senarai emel anda sendiri supaya anda boleh bersaing dengan affiliate – affiliate yang lain. Letakkan memiliki senarai emel dalam keutamaan anda.
Prinsip keempat : Perlu berfikir secara strategik.
Berfikir secara strategic bermaksud anda perlu ada semua ilmu dan data sebelum merancang untuk pemasaran. Jangan gunakan instincts sebaliknya data dan pengetahuan sebagai senjata anda.
Prinsip kelima : Sentiasa cuba, cuba dan cuba lagi.
Anda perlu obses untuk berjaya. Biarpun gagal, anda usaha lagi. Anda jangan rasa kecewa kerana gagal tetapi rasa kecewa jika anda berhenti mencuba. Apabila anda terus mencuba, anda akan jumpa teknik yang sesuai dengan anda.
Prinsip keenam : Sentiasa siasat kredibiliti produk.
Jangan pilih produk secara membabi buta, sebaliknya pilih produk berdasarkan kredibilit, harga dan kualiti.
Prinsip ketujuh : Tiada apa – apa yang akan berlaku dalam satu malam.
Anda perlu sedar bahawa ia selalunya ambil masa yang lama untuk nampak hasilnya. Anda perlu bersabar dan kekal dengan rancangan yang telah anda rancang pada awalnya.
Prinsip kelapan : Bersyukur.
Jangan bongkak atau takbur apabila anda dapat hasil yang banyak. Sebaliknya anda bersyukur dan sentiasa harapkan yang terbaik berlaku dalam hidupanda.
Prinsip kesembilan : usaha berterusan adalah satu – satunya jalan untuk anda.
Orang yang berjaya jarang berhenti berusaha apabila mereka gagal. Sebaliknya mereka terus berusaha sehingga berjaya. Anda juga perlu berfikir seperti itu.
No comments:
Post a Comment