Pages

Monday, June 6, 2011

Lima Tip bagaimana hendak promosi produk affiliate pada mailing list anda

Dalam artikel ini, anda akan di ajar bagaimana hendak promosi produk affiliate pada senarai emel anda. Tidak guna jika anda ada ramai subscriber tetapi tiada seorang pun yang membeli produk anda apabila anda promosikan pada mereka.



Berikut adalah lima tip untuk promosi produk affiliate pada mailing list.


Tip pertama : Sentiasa hantar maklumat berguna untuk di belajar para subscriber.


Ada dua cara untuk rapatkan diri dengan para subscriber iaitu menjadi guru pada mereka dan jadi kawan pada mereka. Hantar maklumat berbentuk ajaran berbanding tip – tip. Di samping itu, anda gunakan bahasa yang santai seperti anda sedang ajar seorang rakan. Selepas beberapa siri emel, barulah anda hantar emel promosi produk yang berkaitan pada subscriber anda. Anda perlu pastikan produk yang anda promosikan itu adalah pelengkap pada siri emel yang anda hantar.


Tip kedua : Adakan survey di kalangan para subscriber.


Hantar beberapa emel untuk mengetahui kehendak sebenar subscriber anda. Tanya mereka perkara yang mereka ingin tahu dan belajar. Dari sini anda akan tahu produk yang sesuai untuk di promosikan pada mailing list anda.


Tip ketiga : Survey produk yang mempunyai permintaan yang ramai.


Anda survey dan cari produk yang mempunyai permintaan dan conversion yang tinggi. Walaupun produk itu hebat, jika tidak ada pembeli ia tidak berguna pada anda.


Tip keempat : beli produk kemudian baru promosi pada senarai emel.


Beli produk affiliate tersebut. Selepas itu, jika anda dapati produk tersebut bagus. Anda promosikan pada subscriber berdasarkan rekomendasi dari anda tanpa berbelah bahagi. Jika review anda ada kredibiliti iaitu anda telah mencubanya dahulu dan anda review secara telus, subscriber anda pasti berminat untuk membeli produk yang anda cadangkan.


Tip kelima : Dapatkan feedback dari subscriber.


Jika produk yang anda promosikan di beli oleh subscriber, anda minta feedback dari pembeli. Tanya dia sama ada produk tersebut bagus atau tidak bagus. Feedback yang anda dapat, anda boleh gunakan ia untuk menilai sama ada anda perlu untuk promosikan jenis produk yang sama atau dari pencipta produk yang sama lagi. Jika feedback teruk, elok sahaja anda ban pencipta produk tersebut kerana produk seterusnya pasti tidak bermutu.

No comments:

Post a Comment