Pages

Wednesday, June 1, 2011

Cara terbaik untuk tingkatkan pendapatan affiliate anda.

Cara terbaik untuk tingkatkan pendapatan affiliate anda.


Jika anda pening kepala memikirkan teknik untuk meningkatkan pendapatan affiliate anda, dalam artikel ini saya akan bocorkan beberapa teknik. Antaranya



Urus link affiliate anda.


Track link affiliate anda. Anda perlu tahu dari mana jualan anda datang, barulah anda tahu teknik yang benar – benar berkesan bagi produk tersebut. Lihat berapa banyak click yang anda peroleh dari sesuatu teknik menggunakan tracking. Kemudian lihat pula jualan yang terhasil dan nilai conversion secara keseluruhan. Melalui tracking, anda dapat kurangkan aktiviti promosi sia – sia dan boleh tumpukan pada teknik yang benar – benar berkesan.



Gunakan dua hingga tiga teknik pemasaran.


Jangan hanya bergantung pada satu teknik pemasaran sahaja. Pelbagaikan teknik supaya pendapatan anda juga meningkat.


Kumpul senarai emel.


Bagi seorang affiliate, senarai emel adalah perkara yang mesti ada. Kumpul senarai emel supaya anda boleh bersaing untuk memperoleh pendapatan affiliate yang tinggi.Lagipun senarai emel adalah teknik pemasaran yang paling berkesan.


Tawarkan bonus pada pembeli.


Anda boleh tawarkan bonus yang bersesuaian untuk menarik pelanggan supaya membeli dari link affiliate anda.


Kreatif.


Jangan hanya copy dan paste sahaja teknik orang lain. Jadi kreatif dan pelbagaikan teknik sedia ada. Percayalah, apabila anda mula berfikir, idea akan masuk berdesup - desup ke dalam minda anda.


Cari affiliate yang menawarkan pendapatan berterusan.


Program affiliate yang melibatkan hosting, membership dan software selalunya akan menawarkan servis langganan kepada pengguna. Jadi selagi mereka melanggan secara bulanan perkhidmatan tersebut, anda akan terima komisyen setiap bulan.

No comments:

Post a Comment