Tip melatih diri untuk jadi super affiliate
Siapakah super affiliate? Super affiliate adalah affiliate yang menjana keuntungan yang banyak dan konsisten pada setiap bulan dan hari. Anda juga boleh jana pendapatan yang banyak dan jadi super affiliate. Cuma, anda perlu berusaha lebih keras kerana super affiliate juga bermula dari bawah dan bersaing dengan ramai orang sebelum mereka berjaya menempatkan diri berada di tahap tersebut.
Untuk jadi super affiliate, anda perlu bermula dari bawah. Anda perlu belajar dan aplikasikan apa yang anda belajar dengan tekun dan sabar. Jangan berhenti mencuba kerana jika anda berterusan mencuba, kejayaan pasti akan jadi milik anda. Sebagai permulaan, anda fahamkan apa yang anda perlu ada untuk jadi seorang affiliate.
Anda perlu tenang dan sabar ketika belajar kerana wang akan datang mencurah – curah jika kita sabar. Apabila anda sudah ada ilmu dan nampak perjalanan bagaimana hendak jana wang melalui affiliate, anda perlu segera bertindak kerana takut – takut apa yang anda faham tadi akan hilang dari ingatan anda.
Setiap kejayaan bermula dari langkah pertama. Jadi, mulakan langkah anda dengan segera. Kebanyakan super affiliate berjaya di sebabkan pengalaman yang mengajar mereka. Jika anda tidak mulakan langkah, anda tidak akan ke hadapan. Tidak kiralah berapa ratus buku anda baca, jika anda tidak ada pengalaman, anda pasti teragak – agak untuk ke hadapan.
Penghalang ahli perniagaan untuk berjaya adalah sifat ragu –ragu dan was – was. Hendak buang penghalang ini, anda perlu cuba sendiri barulah anda yakin untuk terus mara kehadapan. Super affiliate adalah seorang yang sangat tangkas, peka dan bertindak pantas. Jadi, anda perlu belajar dengan tekun, aplikasikan ilmu dengan sabar dan tangkas mencipta peluang untuk diri sendiri.
Kurangkan sikap membazir masa seperti sentiasa buka emel atau laman affiliate untuk lihat sama ada ada jualan masuk atau tidak. Anda usaha dan biarkan Allah tentukan hasil. Anda fokus pada projek seterusnya pula. Anda tidak boleh jadi super affiliate dalam masa sehari dan usaha yang sedikit. Selepas berusaha menyelesaikan tugasan, anda terus beralih pada tugasan yang lain tanpa ada rehat dan masa bersenang – senang.
Terakhir, jangan lakukan perkara yang tidak membawa untung seperti berdebat di forum, bermain facebook dan melayan video di youtube. Setiap kejayaan pasti ada pengorbanan yang perlu di lakukan. Korbankan hiburan hati untuk dapatkan hiburan kejayaan.
No comments:
Post a Comment