Pages

Thursday, September 8, 2011

Tip kenal pasti siapa prospek pelanggan produk yang anda hendak promosikan

Tip kenal pasti siapa prospek pelanggan produk yang anda hendak promosikan.

Jika anda kenal siapa yang akan beli produk yang anda ingin promosikan, lagi senang untuk anda pikat mereka membeli menerusi link affiliate anda.

Berikut adalah tiga langkah yang anda boleh cuba untuk kenal pasti siapa yang bakal membeli produk yang anda promosikan.


Langkah pertama : Anda kenal pasti kenapa produk tersebut di cipta.

Cara untuk kenal pasti adalah anda boleh tanya sendiri pada pencipta produk tersebut atau anda boleh berfikir menggunakan logik akal anda. Anda perlu tahu kenapa produk tersebut di cipta, barulah anda senang untuk kenal pasti bakal pelanggan yang perlu anda promosikan. Jika anda tahu kenapa produk tersebut di cipta, anda akan rasa kesukaran untuk lakukan promosi kerana tidak tahu hendak promosikan produk tersebut kepada siapa.

Langkah kedua : Lakukan kajian di enjin carian menggunakan action keyword.

Action keyword adalah keyword yang di cari oleh pengguna internet dengan niat untuk melakukan perkara tersebut. Contohnya apabila pengguna internet ingin berhenti merokok, dia akan taip keyword tersebut

·         Berhenti merokok
·         Cara hendak berhenti merokok
·         Cara terbaik hendak berhenti merokok.
·         Tip berhenti merokok.
·         Berhenti merokok dalam masa tujuh hari.

Action keyword yang anda cari perlulah sesuai dengan apa yang tujuan produk itu di hasilkan. Contohnya jika produk yang anda hendak promosikan itu di hasilkan dengan tujuan untuk menguruskan si pembaca, action keyword yang anda cari itu perlulah sesuai dengan kehendak orang untu kurus.
Langkah ketiga : Masuk ke dalam forum – forum, blog – blog atau laman sosial untuk mengenali prospek anda.

Melalu carian – carian yang anda lakukan di langkah kedua, anda masuk ke dalam forum atau apa sahaja website yang terdapat pada keputusan carian yang anda rasa anda boleh kenal pasti apa yang prospek anda mahukan. Contohnya, apabila anda taip keyword berhenti merokok, anda terjumpa  forum yang membincangkan masalah berhenti merokok. Anda masuk ke forum tersebut dan baca perbincangan tersebut. Catatkan permasalahan yang wujud dan penyelesaian yang mereka mahu.

Dari maklumat yang anda peroleh, anda siasat apakah cara penyelesaian yang mereka mahu untuk menyelesaikan masalah mereka. Dari sini, anda akan tahu bagaimana hendak promosikan produk pada golongan sasaran kerana anda tahu keinginan sebenar mereka.


Ketiga – tiga langkah di atas penting untuk anda ikut bagi mengenal pasti prospek anda. Apabila anda kenal prospek dan apa yang mereka mahu, anda akan lebih senang untuk memikat mereka dengan strategi pemasaran anda.

No comments:

Post a Comment