Tip jana wang melalui review produk affiliate
Kebanyakan dari pembeli sekarang lebih suka membaca review sebelum membeli sesuatu produk. Untuk cari review bagi sesuatu produk mereka biasanya akan mencari maklumat tersebut di enjin carian dan jika website anda berada dalam ranking yang baik, mereka akan baca di website dan kemungkinan besar akan membeli dari link affiliate anda.
Untuk membesarkan lagi peluang anda menjana pendapatan yang besar melalui review site anda, saya cadangkan anda untuk mengikut tip – tip berikut.
Tip pertama : Design grafik yang sedap mata memandang.
Design yang berbentuk tenang dan santai akan memberi mood yang baik pada pembaca. Jika design layout website anda kucar – kacir, pembaca akan rasa tidak tenang ketika membaca dan mungkin tidak di pengaruhi dengan review yang anda buat.
Tip kedua : Tulis content yang mesra SEO.
Content yang mesra SEO memudahkan tugas anda untuk meletakkan website anda berada dalam ranking yang bagus bagi keyword yang anda target. Ini akan meningkatkan peluang anda untuk jana pendapatan melalui produk yang anda promosikan.
Tip ketiga : Tulis review yang berinfomatif dan tidak berbelah bahagi.
Review yang di tulis perlulah berinfomatif dan lengkap mengenai apa yang pembeli boleh jangkakan apabila mereka memiliki produk tersebut. Review anda juga perlulah telus dan jujur. Jadi anda perlu ceritakan sejara jujur kebaikan dan keburukan produk yang anda review. Review yang jujur akan membuatkan pembaca yang singgah akan menjadi pembaca setia website anda.
Tip keempat : tunjukkan sebanyak mungkin imej produk.
Imej yang di selang – selikan dengan review akan memberi anda imej professional ketika melakukan review. Jika rajin, anda boleh buat review dalam bentuk video.
Tip kelima : Pastikan anda ada butang share facebook.
Anda boleh viralkan review anda dengan mencadangkan pembeli untuk share review anda melalui facebook mereka.
Kelima – lima tip ini pasti boleh membantu anda menjana pendapatan yang lebih tinggi sebagai affiliate.
No comments:
Post a Comment