Tiga strategi memaksimumkan pendapatan affiliate.
Strategi pertama : Senarai emel yang ramai dan sentiasa berkembang.
Jangan bazirkan masa anda menggunakan kaedah pemasaran yang belum teruji keberkesanannya atau belum tentu berjaya. Sebaliknya anda terus melakukan pemasaran emel kerana ia adalah kaedah yang pasti berjaya untuk memperoleh pendapatan yang lumayan melalui affiliate.
Sediakan produk percuma yang bagus dan bermutu tinggi. Kemudian anda design squeeze page yang menarik. Seterusnya, anda lakukan apa sahaja teknik pemasaran untuk trafik trafik ke squeeze page anda. Jaga subscriber dengan berhati – hati dan jadikan mereka kawan dan anak murid anda. Berikan mereka maklumat percuma dan dalam masa yang sama anda promosikan produk affiliate kepada mereka.
Lagi ramai subscriber anda, lagi tinggi peluang anda untuk memperoleh komisyen yang tinggi. Senarai emel ini anda jangan terhad pada satu niche sahaja. Sebaliknya anda fokus pada sebanyak mungkin niche yang anda boleh.
Strategi kedua : Brandingkan diri anda.
Brandingkan diri anda sebagai seorang pakar dalam bidang tertentu. Anda tidak perlu guna nama sebenar, nama samara juga boleh. Bina sebuah blog dan jadikan blog anda antara blog yang terunggul dalam niche tersebut. Apabila ramai suka membaca blog anda, peluang untuk anda menjual adalah tinggi.
Bina Facebook Fan Page untuk di gabungkan dengan blog sebagai medium untuk anda berkomunikasi dengan pembaca yang memerlukan kepakaran anda. Apabila pengguna internet hormat anda, mereka pasti suka apa yang anda rekomendasikan.
Strategi ketiga : Cuba, tracking dan sentiasa cuba jalan yang terbaik.
Strategi ini mengambil masa yang lama sedikit untuk nampak hasilnya sama seperti strategi kedua. Namun, apabila anda berjaya sahaja jumpa lubuk pelanggan, anda akan rasa tersangat mudah hendak jana income melalui affiliate.
Caranya adalah anda pilih satu teknik pemasaran dan aplikasikan apa yang anda tahu menggunakan teknik pemasaran tersebut. Kemudian anda tracking result bagi teknik anda itu. Akhir sekali, anda cari jalan untuk tingkatkan prestasi dengan perbaiki apa yang anda rasa kurang dan cuba lagi. Ulangi proses sehingga anda benar – benar dalami teknik tersebut.
No comments:
Post a Comment