Strategi pasti berjaya dalam pemasaran affiliate
Pemasaran affiliate adalah cara buat duit yang paling menonjol dalam dunia internet sekarang ini. Tambahan lagi dunia affiliate semakin mudah untuk buat duit dengan munculnya beberapa cara baru selain pay per purchase iaitu pay per lead dan pay per click.
Konsep affiliate pay per purchase adalah anda akan di bayar bagi setiap jualan yang anda hasilkan manakala pay per lead, anda akan di bayar bagi setiap prospek pelanggan yang anda bawa. Bagi pay per click pula, anda akan di bayar bagi setiap clikc unik yang anda hasilkan atau lebih tepat anda hanya perlu promosikan link sahaja untuk dapat komisyen.
Tanpa mengira jenis affiliate yang anda ceburi, anda pasti perlu ada strategi untuk berjaya. Dalam artikel ini, anda akan di dedahkan strategi pasti berjaya yang boleh anda amalkan untuk memasarkan produk affiliate.
Langkah pertama : Belajar.
Jika tiada ilmu bagaimana anda hendak bergerak. Anda perlu belajar peraturan dalam dunia affiliate, Apakah affiliate? dan cara hendak jana pendapatan darinya. Anda bebas untuk belajar secara percuma atau berbayar. Apabila anda belajar, anda perlu fokus dan seboleh – boleh faham keseluruhan konsep affiliate. Selain itu, anda juga perlu belajar syarat – syarat menjadi affiliate bagi sesebuah program supaya anda tidak melanggar peraturan yang telah di tetapkan.
Langkah kedua : Tukarkan apa yang belajar kepada nota tindakan.
Selepas anda habis belajar, anda ambil satu kertas dan rancang pelan tindakan. Dari ilmu yang anda sudah ada, anda pasti sudah tahu tindakan yang anda harus lakukan.
Langkah ketiga : Mulakan perniagaan affiliate.
Laksanakan apa yang anda rancang dalam pelan tindakan. Fokus untuk laksanakan rancangan bukannya cari jalan mudah untuk melaksanakannya. Kadangkala anda tersangkut kerana anda tidak mahu bersusah payah sedangkan jalan yang paling susah adalah jalan yang paling senang untuk jana wang.
Langkah keempat : Cuba jaya.
Cuba pelbagai kaedah pemasaran yang anda tahu dan tracking keputusan jualan anda. Jika kurang berjaya, anda ubah sedikit dan tracking lagi. Ulangi langkah cuba, tracking dan ubah sehingga anda benar – benar menemui rentak untuk menerima pendapatan komisyen yang konsisten.
Terima kasih atas perkongsian bermanfaat ini.Memang artikel yang bagus berkenaan affiliates
ReplyDeleteTerima kasih :)
ReplyDelete