Tip memilih nama domain untuk website affiliate anda.
Nama domain memainkan peranan yang agak penting bagi meningkatkan jualan produk anda. Ia boleh mempengaruhi kredibiliti dan SEO bagi website anda. Berikut adalah beberapa tip untuk memilih nama domain bagi website affiliate anda.
Pilih nama yang extension .com
Kebiasaannya .com akan memudahkan anda untuk membina kredibilit dan mendapat ranking yang bagus dalam enjin carian.
Nama domain perlulah berkait rapat dengan produk atau keyword bagi produk anda.
Pilihlah nama domain yang berkait rapat dengan keyword yang penting supaya mudah untuk anda SEO kan website tersebut. Fokuskan pemilihan nama domain yang ada kaitan dengan produk atau niche yang anda ingin promosikan.
Pendek sahaja.
Tidak perlu panjang – panjang untuk nama domain, paling panjang pun hanyalah dua perkataan sahaja. Pengguna internet akan lebih menganggap anda ada kredibilit jika anda guna nama domain yang pendek.
Elakkan penggunaan bahasa pasar.
Untuk jadi affiliate, anda perlu professional. Elakkan guna bahasa pasar.
Secara keseluruhannya, anda hanya perlu guna bahasa yang sederhana untuk nama domain anda. Pilih nama yang logik dan selesa untuk semua orang.
No comments:
Post a Comment