Tiga langkah untuk newbie memulakan perniagaan affiliate mereka tanpa perasaan ragu – ragu atau teragak – agak.
Kebanyakan newbie tidak berjaya kerana mereka tidak pernah cuba untuk memulakan perniagaan affiliate. Mereka tidak pernah cuba kerana mereka ragu – ragu atau kehilangan arah bagaimana hendak bermula. Mereka rasa takut – takut kerana tidak yakin. Sekarang, masalah ini boleh di lupakan kerana artikel ini akan membantu anda untuk menamatkan dilemma ini melalui tiga langkah di bawah.
Langkah pertama : Dapatkan produk buat duit melalui affiliate dari pencipta produk yang ada kredibiliti.
Tidak payah peningkan kepala, anda terus sahaja cari super affiliate yang ada kredibiliti dan beli produk buat duit yang beliau jual. Anda jangan fikir sama ada produk tersebut rehash atau tidak bermutu kerana apa yang anda perlukan sekarang adalah rangka kepada perniagaan affiliate anda. Kalau boleh dapatkan produk yang ada pelan tindakan iaitu senarai tindakan yang perlu di lakukan untuk memulakan perniagaan affiliate supaya memudahkan proses anda nanti.
Langkah kedua : Bina perniagaan affiliate.
Selepas membaca atau menonton video, terus sahaja bina perniagaan affiliate anda berdasarkan ilmu yang anda dapat tadi. Aplikasikan apa yang anda belajar dengan pantas. Bina asas untuk perniagaan affiliate anda. Selepas asas berjaya di siapkan, anda fahamkan teknik pemasaran yang di cadangkan dalam produk yang anda beli itu.
Langkah ketiga : Mula memasarkan produk affiliate.
Aplikasikan apa yang anda faham dengan memasarkan produk anda menggunakan teknik pemasaran yang anda belajar tadi. Anda perlu yakin dengan teknik tersebut, barulah anda akan berjaya. Jika anda tidak berjaya, anda cuba cari masalah kenapa anda tidak berjaya. Dari sini, anda tingkatkan lagi usaha anda sehingga berjaya.
Jika anda tidak berjaya menjual, ia bukan salah produk tersebut. Sebaliknya salah diri anda sendiri kerana berhenti mencuba. Untuk berjaya, hati perlu kental dan bijak berfikir.
terima kasih ye..tip yang menarik :)
ReplyDeleteSemoga ianya bermanfaat ;)
ReplyDelete