Pages

Saturday, December 31, 2011

Tujuh tip dari seorang super affiliate untuk newbie

Tujuh tip dari seorang super affiliate untuk newbie.

Berikut adalah tujuh tip dari super affiliate untuk newbie affiliate.

Tip pertama : Berfikir seperti pemilik perniagaan sebenar.

Betulkan mindset anda. Anda tidak perlu ada sejuta ringgit untuk berfikir seperti ahli perniagaan. Walaupun modal anda rendah, anda tetap ahli perniagaan dan anda perlu belajar berfikir sepertinya.

Tuesday, December 20, 2011

Tip untuk memperoleh kelebihan berbanding affiliate yang lain

Tip untuk memperoleh kelebihan berbanding affiliate yang lain.

Setiap kali anda ingin promosikan sesuatu, anda perlu tanya pada diri sendiri kenapa orang mahu membeli dari link affiliate anda dan kenapa tidak dari orang lain. Ada beberapa sebab kenapa orang akan membeli dari link affiliate anda iaitu

Thursday, December 8, 2011

Tip pasti berjaya dalam perniagaan affiliate

Tip pasti berjaya dalam perniagaan affiliate

Perniagaaan affiliate adalah perniagaan yang benar dan memang sudah terbukti boleh memberi pendapatan yang banyak. Namun, di sebalik kejayaan seorang, ada 10 orang yang gagal. Ini di sebabkan mereka tersilap langkah atau mereka tidak lakukan segalanya untuk berjaya. Bagi membantu anda membina kejayaan melalui perniagaan affiliate, artikel ini akan memberi anda lima tip pasti berjaya untuk anda amalkan.

Thursday, December 1, 2011

Lima langkah untuk jana ribuan ringgit melalui affiliate.

Lima langkah untuk jana ribuan ringgit melalui affiliate.

Dalam artikel ini, anda akan di dedahkan lima langkah untuk jana ribuan ringgit melalui affiliate.

Langkah pertama : Cari niche yang menguntungkan.

Niche yang menguntungkan adalah niche yang bagi anda senang untuk jana wang melaluinya. Antara niche yang boleh bawa keuntungan pada anda adalah niche yang evergreen iaitu sentiasa ada permintaan sepanjang zaman, niche yang baru di terokai oleh anda dan tidak ada persaingan dan niche yang sedang meletup akibat dari produk yang bagus di pasaran.

Ketika memilih niche, anda perlu sentiasa siasat peluang keuntungan yang boleh anda dapat. Anda perlu nilai dari segi pesaing, peluang untuk dapat pelangan dan kemahiran yang anda ada. Kadang – kadang walaupun niche tersebut menguntungkan, jika anda tidak ada pengetahuan langsung dalam niche tersebut, usaha anda pasti terbantut kerana kekurangan ilmu.

Langkah kedua : Siapkan sistem yang boleh bekerja sendiri iaitu squeeze page.

Selepas memilih niche yang menguntungkan, anda bina squeeze page. Beli nama domain, hosting dan perkhidmatan autoresponder. Sediakan produk percuma yang mantap.

Langkah ketiga : Bawa trafik yang banyak pada website.

Belajar bersungguh – sungguh teknik tarik trafik. Gunakan segala teknik yang anda tahu dan mampu untuk tarik trafik. Jika anda gagal dalam langkah ini, usaha anda tidak akan kemana – mana. Semakin banyak trafik yang anda bawa masuk, semakin banyak subscriber yang bakal anda peroleh dan semakin ramai prospek pelanggan anda.

Langkah keempat : Promosi secara berhemah pada senarai emel.
Dapatkan kredibilit dengan memberi maklumat – maklumat berguna pada subscriber anda. Anda perlu jaga subscriber anda seperti anak emas dan sentiasa layan karenah mereka dengan baik. Secara berhemah anda promosi produk berkaitan kepada mereka mengikut jadual yang telah anda tetapkan.

Langkah kelima : Ulangi empat langkah di atas pada niche yang lain pula.

Selapas anda berjaya stabilkan pendapatan anda, anda tukar pada niche yang lain pula dengan menggunakan teknik yang sama.

Lima langkah di atas adalah langkah yang sudah terbukti berjaya di mana ramai super affiliate menjana jutaan ringgit melaluinya. Sekali anda sudah mahir, anda pasti akan berjaya.

Sunday, November 20, 2011

Tip merancang strategi pemasaran affiliate menggunakan SEO

Tip merancang strategi pemasaran affiliate menggunakan SEO.

SEO adalah satu peperangan yang nyata dalam dunia pemasaran affiliate. Ramai marketer akan berebut – rebut untuk mendapat ranking yang baik dalam enjin carian bagi keyword yang mereka telah target. Lagi baik ranking di enjin carian, lagi besar untuk mereka memperoleh pelanggan dan lagi besar komisyen mereka.

Tuesday, November 8, 2011

Tip mendapat pendapatan yang konsisten melalui affiliate

Tip mendapat pendapatan yang konsisten melalui affiliate.

Pemasaran affiliate bukanlah mudah seperti yang di sangka. Model perniagaannya memang nampak senang. Namun, untuk melaksanakan dan mendapat keuntungan yang konsisten, anda perlu bekerja keras dan berusaha sepanjang masa. Memang ramai di kalangan newbie berjaya menjana pendapatan pertama di internet melalui affiliate tetapi hanya sebilangan kecil yang berterusan menjana pendapatan melaluinya.

Tuesday, November 1, 2011

Lima langkah mudah jana income RM 100 sehari melalui produk affiliate.

Lima langkah mudah jana income RM 100 sehari melalui produk affiliate.

Bagi anda yang tiada idea atau hala tuju untuk jana pendapatan melalui produk affiliate, artikel ini akan bongkarkan lima langkah yang anda boleh anda jadikan panduan untuk menjana pendapatan yang lumayan menerusi produk affiliate.

Langkah pertama : Cara niche yang banyak pembeli.

Salah satu sebab anda gagal ketika promosi produk affiliate adalah anda selalu salah pilih niche ketika ingin memasarkan sesuatu. Untuk menjana pendapatan yang banyak, anda perlu promosi produk yang betul pada prospek pelanggan yang betul. Jika anda salah pilih niche, ia sama sahaja dengan perbuatan memaksa orang untuk membeli produk yang mereka tidak mahu. Cari niche yang ada permintaan yang banyak. Kemudian barulah anda pergi ke langkah kedua.

Langkah kedua : Cari produk yang panas.

Berdasarkan niche yang anda survey pada langkah pertama, anda cari pula produk affiliate berdasarkan niche tersebut. Niche yang hot dan di tambah dengan produk yang hot, tiada alasan untuk anda tidak jana pendapatan.

Langkah ketiga : Bina website sendiri.

Bina website atau blog menggunakan domain dan hosting berbayar. Jika ingin serius berniaga menerusi affiliate, anda perlu ada blog sendiri. Bina blog berdasarkan niche yang ada pilih tadi.

Langkah keempat : Tulis content yang mesra SEO.

Kaji keyword berkaitan produk dan niche yang anda pilih. TUlis content yang berbentuk SEO dan masukkan ia ke dalam blog anda.

Langkah kelima : Gunakan apa sahaja cara untuk tarik trafik.

Anda beli ebook atau belajar sendiri teknik tarik trafik. Gunakan ilmu yang anda belajar untuk menarik trafik ke website anda.

Lima langkah di atas adalah gambaran kasar bagaimana hendak menjana RM 100 sehari melalui affiliate. Mudah bukan untuk jana pendapatan di internet. Anda boleh aplikasikan lima langkah di atas untuk jana pendapatan tanpa had.